Posted by udeyismail | Under Uncategorized
Saturday Jul 4, 2009
The Solemnization Farah & Esam, Bandar Kinrara
Pukul 4 pagi waktu Malaysia aku still lagi kat depan laptop. dua sebab kenapa aku tak tidor-tidor daripada malam tadi sampai la ke awal pagi. Satu !! sebab aku kena siapkan kerja aku tapi still lagi tak siap-siap mungkin sambung esok dan keduanya sebab rumah aku baru ade Streamyx baru hehe!!. Lepas nie tak jarang la nak tengok kelibat aku kat depan QBistro Bandar Tasik Permaisuri. sejak aku baru pindah hari tu aku sll tenet kat kedai mamak jek,sampaikan mamak-mamak kat situ pon tau apa yang aku nak order. Ade Line Streamyx nie pon alhamdulillah la dapat la aku rajin-rajin update blog nie.
Hari nie Majlis akad nikah Mukhriz so jadi kami 1 keluarga CS akan berkampung untuk ambik gambar dia kat gombak. Diharapkan Moqh tak tergagam bila time akad nanti. Finally dia dah bosan tengok orang kawin jek tiap-tiap minggu dan kali nie giliran dia plak tengok diri sendiri kawin, aku pulak belum boring lagi nak tengok orang kawin.. kalau aku boring nanti aku bagitau kat semua laa ye.
Aku sangat suke gambar kat atas tu.. Thank pada photographer yang ambik gambar aku nie
Nak ucapkan Tahniah sekali lagi untuk sahabat blogger aku Lotpi sebab berjaya memanjangkan masa duduk kat Tanah Suci,aku turut tumpang happy dan aku doakan kebahagian dan kesejahteraan sekeluarga. Insyallah kalau ade Umur panjang dan dimurahkan rezeki kita jumpa pada Januari 2010 di Tanah Suci nanti.
Posted by udeyismail | Under Uncategorized
Thursday Jul 2, 2009
Bila la aku nak dapat berjalan pusing-pusing kat Malaysia nie, Kalau berjalan keluar daripada KL boleh dapat gambar best-best dan boleh makan makanan yang pelik-pelik. Walaupun KL nie banyak tempat makan best-best aku still lagi tak cukup makan emmm tengok tuan laa mcm mana. Tiap-tiap minggu cukup makan dengan nasi minyak kadang tu sampai tak termakan langsung nasi minyak.Kalau aku dapat Travel lagi mesti ade cerita-cerita menarik yang boleh aku kongsi kat blog nie.
Semalam aku pulak aku terkena Wakena beb!! . Confident jek aku caya cakap orang,ermm lepa nie dah x leh sesuka hati lagi nak confident cakap dalam telefon. Kalau aku buat wakena beb time mamat tu kawin pon best gakkan tapi x pe semalam aku kena esok-esok orang lain plak kena. Ade pengajaran jugak dulu pon aku sll kenakan orang jugak dalam telefon hehe.
Aku ingat nak upload gambar kamera first sekali aku pakai. Kamera lama tu aku still simpan kat rumah dan mungkin tak akan jual kat sesapa. Kamera walaupun tak berapa lama tapi banyak simpan kenangan dari mula aku bertapak dalam Industri Photography nie. Aku tak tau bila Birthday Kamera tu,kalau aku tau maybe aku celebrate. Walaupun tahap kecanggihan kamera terkini,aku takkan lupa kamera tu. Dulu nak beli kamera terpaksa ikut perut tapi Alhamdulillah la sebab SN pinjamkan kamera tu untuk aku. Tangan yang pertama sekali pakai kamera tu Saifulnang.Apa jenis Kamera ?.. kalau korang nak tau kamera tu jenis dia D70s. Orang lain duduk sibuk nak kejar kamera dan Lens canggih aku still lagi dengan Abang D70s tu. Berbekalkan abang D70s dengan Single lens yang aku still pakai skrg tu laa banyak bagi pengajaran pada aku tentang Bersyukur dengan setiap apa yang ada.. Dengan Lens yang bukan 2.8 dan bunyi fokusnya agak bising tu laa bawak aku pegi jauh. Lens bising tu dh berjasa kat x-client2 yang dah lepas sampaikan mak andam-andam or videographer yang kenal aku boleh tau bunyi bising lens aku tu.
Orang-orang kat luar mesti fikir “Gambar cantik mesti pakai Kamera dengan lens Mahal” ermmm tak de laa ,aku sampai sekarang still lagi dengan Abang Nikon D80 lagi, serious tak tipu korang k,kalau tak caya tanya laa sesapa yang selalu jumpa aku. Aku kat sini bukan apa,kalau boleh nak bagi semangat untuk semua orang kat sini. Apa jenis kamera yang korang pakai tak kisah pon janji korang kena ade minat dan Mata yang tajam daripada lens dan jaga putus semangat untuk berusaha memperbaiki kebolehan diri sendiri. Apapun korang renung-renungkan la kata-kata aku tu k.. ambik cabaran itu sebagai semangat untuk maju kedepan. Lepas nie mungkin dah x de orang ym dan msg aku kat Facebook “udey pakai Kamera ape?, Udey kamera apa yang sesuai?.Kalau ade Rezeki lebih beli la,kalau tak cukup duit poket tu pakai je apa yang ade. Biar kita ketinggalan dalam kecanggihan tapi jangan ketinggalan dalam Kemajuan.Tak ade lagi kes macam nie”engkau tak pakai kamera canggih tak boleh ambik gambar aku” orang akan pandang TALENT yang kita ada.
Bagi sesapa yang setuju dengan pandangan aku ,sila tinggalkan komen korang dengan YA BETUL Ok.
Posted by udeyismail | Under Uncategorized
Tuesday Jun 30, 2009
Yusri & Marsita, Linggi , Negeri Sembilan (Esok Update ok )
Sebelum nak lelapkan mata, aku akan fikir benda apa yang aku belum selesaikan. Benda yang aku tak buat hari nie sebelum aku tido aku terasa rugi sangat. Sampai tahap sekarang baru aku paham betapa pentingnya sesaat kalau kita tak gunakan bebetul2. Aku sedaya upaya nak mengelakkan aku membazirkan masa dan cuba nak bahagikan masa.. emm yela takkan nak selalu serious jekkan hidup mesti kena Enjoy jugakkan.
Semalam aku dapat call dari kawan-kawan sekolah lama aku. Akhirnya bocor jugak rahsia yang aku nie sorang photographer. Sorang dapat tau abis heboh semua kat semua kawan-kawan. Aku tak pernah pon bgtau kat kawan sekolah aku yang aku nie photographer. Waktu kat Sekolah diorang kenal aku dengan nama “Solah”. Nama “solah” tu hanya family dengan kawan-kawan sekolah aku jek yang tau. Memang sebelum nie diorang semua pernah dengar nama “udey” tapi diorang tak kenal muka. Makin hari kamera DSLR bertimbum-timbun kat Kedai buatkan ramai orang berminat dengan photography sampai dah jadi satu pertemuan jejak kasih la pulak kat sini. Pada satu ketika kita kena letak diri kita sentiasa dibawah dan ade kalanya letak diatas, nak letak kat sll kat bawah sangat pon tak boleh takut-takut dipijak orang.Gud luck untuk kawan-kawan aku
Sebelum aku tido aku bekalkan 2 keping gambar untuk tontonan korang kat blog nie dan kalau nak tengok full update insyallah esok ade la slideshow kat sini. Apapun selamat Malam untuk semua
Posted by udeyismail | Under Uncategorized
Monday Jun 29, 2009
UDEYISMAIL
Senior Photographer
Candid Syndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-2723510
Email : udeyismail@candidsyndrome.com
Official Website : http://www.udeyismail.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/udeyismail
YM : student_critical
Posted by udeyismail | Under Uncategorized
Monday Jun 29, 2009
Waktu zaman kanak-kanak aku teringat lagi setiap kali musim menuai rumah aku dan rumah nenek kedua belah ayah dan mak aku penuhi kedatangan tetamu daripada patani . Waktu tu memang langsung aku tak pernah tahu dimana terletaknya Patani. Loghat orang patani agak berlainan daripada loghat negeri kami iaitu Kedah tapi yang buatkan aku heran semua family aku faham dengan setiap percakapan orang-orang patani.
Waktu umur aku menjangkau 5 Tahun ayah menceritakan sejarah dan salah silah asal keturunan keluarga kami. Pada Zaman Sebelum Merdeka lagi nenek moyang kami berasal daripada Patani telah berhijrah ke Negeri kedah. Kenapa mesti berhijrah ?.. Apa yang aku tau keadaan dan pergolakkan sudah lama berlaku sehingga la sekarang. Ketidak puas hatian terhadap Tentera Thailand yang selalu melakukan kekejaman terhadap orang-orang Melayu di Southern Thailand
.Patani,Naratiwat, Yala tiga wilayah yang mejoriti penduduknya adalah Orang Melayu Islam yang dahulunya dikenali sebagai Langkasuka ataupun kerajaan Kedah Tua. Yala Naratiwat dan Patani adalah 3 kawasan bergolak daripada dulu sehingga la sekarang. Kehidupan sebagai orang melayu agak tersepit dengan tekanan daripada pihak Tentera Thailand membuatkan ramai orang-orang patani terpaksa berhijrah ke Perlis,Kedah dan Kelantan untuk mencari rezeki.
Nenek Moyang aku sampai ke kedah dan membuka kawasan untuk menanam padi di situ bermulanya sejarah pembukaan kampung yang dahulunya 1 kawasan paya yang tidak berpenghuni bertukar menjadi sebuah kampung. Dahulunya orang menyangka orang patani nie adalah orang siam tapi sebaliknya cara hidup harian orang patani sama sahaja seperti orang-orang melayu dan tidak ada bezanya kecuali tutur dan cara percakapan dengan loghat yang berlainan. Boleh bercakap dalam 2 bahasa , Bahasa Melayu dan Bahasa Thailand.
Dalam keadaan pergolakkan ketika itu keluarga kami yang tinggal dipatani ada yang berhijrah ke Tanah Suci Mekah dan sehingga sekarang mereka menetap dan membesarkan anak-anak disana.
Ada Salah silah keturunan yang aku dapat, keluarga dan keturunan kami daripada Mahsuri tapi kami tak pernah mencari secara terperinci tentang rantai hubungan kekeluargaan kami daripada lapisan keberapa.
Waktu musim menuai dating,waktu la saudara-saudara kami datang daripada patani untuk membanting tulang. Waktu dulu mana la ade mesin padi yang aku panggil mesin Transformer.aku sempat lagi tengok cara menuai menggunakkan teknik lama. Setiap padi yang dituai akan disimpan didalam jelapang. Suasana didalam petak bendang bagaikan pesta untuk kami sekeluarga tapi sekarang suasana seperti tu tidak lagi dapat dirasai. Setiap kali kenduri kendara di rumah kami boleh dikatakan dipenuhi oleh saudara-saudara kami yang dating daripada patani. Bermula pergolakkan yang amat hebat yang melibatkan tumpah dara dibumi patani kami tidak lagi dapat melihat saudara-saudara kami yang dating daripada patani ,kalau ada yang datang pon hanya seorang dua yang melawat kami. Setiap kali mereka datang cerita sedih dikongsikan bersama kami. Saudara kami ada yang hilang entah kemana sampaikan kaum keluarga tidak tahu kemana pergi. Hidup dan mati belum ditentukan lagi.Guru-guru agama dibunuh dan pemuda-pemuda ditembak didalam kampung. Kami la tempat mereka mengadu nasib. Namanya seorang melayu tapi telah dinamakan seorang Siam. Setiap sekolah dan pondok agama selalu dipantau takut-takut kononnya akan ramai menjadi pemisah. Boleh dibanggakan Ekonomi dari segi perniagaan dimonopoli oleh orang-orang Melayu di 3 Wilayah .Anak-anak remaja takut untuk keluar rumah takut-takut ditembak dengan peluru buta yang tidak tau datangnya daripada mana dan membuatkan ramai golongan muda terpaksa berhijrah mencari rezeki diMalaysia.
Peristiwa yang menyayat hati bagi kita sebagai saudara seislam, Peristiwa berdarah 28 April 2004 di Masjid Kerisik Patani. Orang yang tidak berdosa dibunuh didalam masjid secara beramai-ramai .yang paling menyedihkan tragedi itu berlaku ketika semua jemaah sedang ingin mengerjakan sembahyang subuh. Peristiwa 28 April itu bukan pertama kali berlaku di Masjid Kerisik tetapi telah lama lagi sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad Shah sehingga la zaman pemerintahan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra. Mereka tidak ada tempat untuk mengadu pada sesiapa membuatkan mereka terpaksa berjuang sehingga menitiskan darah demi membebaskan Bumi patani daripada jajahan Thailand.
Dasar pemerintahan Thailand ataupun pemerintahan diskriminasi terhadapa orang melayu sudah lama memuncak untuk mengawal 3 wilayah yang kaya dengan hasil bumi. Kerajaan Thailand telah mengenakan Kutipan cukai yang amat tinggi kepada orang-orang melayu Patani tetapi setiap kemudahan yang Kerajaan Thailand beri kepada rakyatnya tidak diberi secara adil kepada orang-orang Melayu patani berbanding orang siam yang lain. Diberi pembangunan pesat hanya diutara,selatan,barat tapi bukan di selatan.Kemudahan dan pembangunan hanya untuk orang Siam-Thailand Sahaja bukan untuk Orang-orang Melayu. Orang-orang siam amat takut dengan orang-orang melayu patani dengan semangat juang daripada pelbagai usaha seperti pendidikan,agama dan perniagaan.
Di Patani ramai tokoh-tokoh agama yang lahir dan ramai yang telah gugur akibat penindasan Tentera Thailand. Mereka dianggap pemisah yang amat bahaya dan mereka meletakan Tentera seramai mana yang boleh bagi menghalang kebangkitan Semangat orang-orang patani. Arwah Nenek moyang kami adalah salah seorang pejuang lama bagi menuntut bumi patani dipisahkan daripada Thailand dan banyak saudara-saudara kami yang Shahid diTanah air sendiri dan ada yang hilang entah kemana mereka pergi.Aku sendiri tertanya sampai bila akan berakhir semua ni. Marilah kita berdoa kepada tuhan agar saudara seislam kita dilindungi Oleh Allah
Posted by udeyismail | Under Uncategorized
Friday Jun 26, 2009
Finally CandidSyndrome Fan Club dah pon online kat Facebook. Atas permintaan ramai Candid Syndrome fan Club secara rasminya dah online kat facebook. Bagi Sesapa yang belum join tu, boleh la sertai kami dengan yang lain. Banyak Aktiviti yang kami akan aturkan tak lama lagi dan banyak kelebihan yang korang semua akan dapat bila korang join Candid Syndrome Fan Club. Jumlah penyertaan secara rasmi buat masa nie adalah seramai 3,135 orang.Dengan penyertaan korang kat sini boleh lagi ditambah kepada jumlah penyertaan yang ramai
UDEYISMAIL
Senior Photographer
Candid Syndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-2723510
Email : udeyismail@candidsyndrome.com
Official Website : http://www.udeyismail.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/udeyismail
YM : student_critical
Posted by udeyismail | Under Uncategorized
Wednesday Jun 24, 2009
Sebelum nie majlis akad dinikah di Ampang bagi pihak mimi dan untuk slideshow nie pulak untuk Majlis Wan kasim kat Kelantan. Kawasan rumah kasim memang cantik sebab duduk bebetul dengan Muara sungai pantai Sabak. Sebelum nie aku pernah kesitu tapi tak perasan pulak ade rumah kat situ.Sesapa yang datang rumah kasim mesti dapat pokok bunga, aku rase unik jugak la idea Wan Kasim nie. Wan kasim nie aku rase nature punya orang kot, waktu kat ampang dapat beg kain dan kat beg tu tulis tulis kurangkan beg plastik. Aku dengan azizi tak leh bawak balik pokok tu sebab kami nie datang kelantan ikut jalan udara. Apapun Selamat Pengantin baru untu mimi & kasim.
Sebelum nie aku pemeskan kucing kali nie aku tolong pemeskan binatang lain pulak. Agak-agak korang,korang kenal tak brader kat belakang yang tgh posing kononnya aku candidkan muka dia haha
UDEYISMAIL
Senior Photographer
Candid Syndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-2723510
Email : udeyismail@candidsyndrome.com
Official Website : http://www.udeyismail.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/udeyismail
YM : student_critical
Posted by udeyismail | Under Uncategorized
Tuesday Jun 23, 2009
Rasenya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat hari Ayah untuk semua ayah-ayah seluruh dunia walaupun ayah-ayah yang tak reti bahasa melayu. Ucapan istimewa untuk ayah aku sendiri Hj Wan Ismail Bin Wan Teh. Dengan semangat ayah membesarkan kami,kami akan ambik sebagai contoh untuk anak-anak kami nanti walaupun aku belum kawin. Bila dah besar walaupun belum jadi ayah ,aku dapat rasa pengorbanan ayah selama membesarkan kami. Ayah marah disebabkan sayang. Waktu kecik bila ayah pukul aku rase ayah aku memang tak sayang aku. Merajuk sampai nak lari rumah.. plan dengan adik nk lari rumah. Lari rumah konon nak pergi jauh padahal kat pokok belakang rumah.Bila lapar terus cancel nak lari rumah. Apapun Selamat Hari ayah
Posted by udeyismail | Under Uncategorized
Thursday Jun 18, 2009
Yeahh dah upload lagi 1 entry untuk slideshow wedding untuk minggu nie. Kalau korang perasaan aku suka betul ambik gambar moment, moment yang paling aku suke adalah moment yang diluar jangkaan selain daripada orang-orang menangis. Setiap kali aku kat rumah orang kawin aku selalu akan cari moment yang pelik dan tak terlintas untuk aku ambik. Sedar atau pon tidak cuba korang bukak balik HDD dan check satu-satu gambar. selalunya orang akan fokus kepada gambar-gambar pose, tapi aku sedaya upaya mencari kelainan ataupon trademark yang tersendiri. Perkara yang berkaitan dengan moment memerlukan mata dan pikiran yang pantas untuk capture dan mungkin kita menganggap perkara-perkara itu hanya biasa.Percaya atau tidak tunggu la 2 tahun dan cuba bukak balik Album tu. Dengan setiap moment yang aku ambik mungkin dapat menghidupkan jalan cerita. Mata yang penting waktu dalam wedding adalah mata seorang photographer,photographer adalah saksi kejadian yang boleh merakamkan detik-detik kenangan
Bagi sesetengah orang ada yang pelik dan bagi sesetengah orang suka dengan setiap moment yang ada. Moment adalah perkara yang dapat meriahkan seseorang bila melihat Album. Apapun caya atau tak hayati la slideshow kat atas.
Esok tak leh nak update sebab kena gie kelantan. Baru Isnin Insyallah ade benda yang menarik yang nak aku posting kat blog nie dan tak tentu gk mana tau malam kang ade idea yang leh kongsi,mlm nie gak aku update. Untuk Orang-orang kelantan jumpa aku kat sana.
Posted by udeyismail | Under Uncategorized
Wednesday Jun 17, 2009
Masa untuk cuci mata tengok slideshow wedding. Entry Slideshow kali nie untuk Muhd Shafiq & Mazlina. Mazlina nie lecture kat UiTM Jengka Pahang dan Shafiq kat KL. Waktu wedding Lecture nie ramai tul Student-student Mazlina yang datang dan kemain friendly lagi MAzlina dengan semua orang yang datang kat Majlis tu. Sampai time nak bergambar pon masih lagi boleh tegur-tegur semua orang.Apapun kami seronok dapat berkerja dengan diorang dan kami mengucapkan selamat pengantin baru untuk Muhd Shafiq & Mazlina
UDEYISMAIL
Senior Photographer
Candid Syndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel / Fax 03-80766878 / 012-2723510
Email : udeyismail@candidsyndrome.com
Official Website : http://www.udeyismail.com
Photo Stock : http://www.flickr.com/photos/udeyismail
YM : student_critical